Konsert Kita - Suara Anti Buli

SCHEDULE(Not include private/corporate events)

スケジュール(プライベート&企業イベント等を除く)

2025

12.7

SUN

Konsert Kita - Suara Anti Buli

Konsert Kita 

Konsert Kita 
時間
[START] 20:30
チケット販売
問い合わせ
RA MEDIA RELATIONS SDN BHD


Event Description
“Setiap kali kita diam, buli menang.” Itulah mesej utama di sebalik Konsert KITA – Suara Anti Buli 2025, sebuah persembahan istimewa anjuran Nusavue (www.nusavue.my) yang menghimpunkan suara-suara hebat tanah air bagi menyemarakkan keberanian, kasih sayang dan perpaduan dalam menentang budaya buli di semua peringkat masyarakat.

Konsert ini akan berlangsung pada 7 Disember 2025 (Ahad), jam 8.00 malam di Zepp Kuala Lumpur, menampilkan barisan artis tempatan terkenal dari pelbagai genre bersatu di bawah satu misi: “Berani Bersuara, Bersama KITA.”

Lebih daripada sekadar hiburan, Konsert KITA – Suara Anti Buli 2025 menjadikan muzik sebagai medium perubahan sosial.

Melalui gabungan persembahan berimpak tinggi, mesej berinspirasi dan pengisian interaktif, konsert ini berfokus untuk membangkitkan kesedaran, keyakinan diri dan empati dalam kalangan Masyarakat khususnya pelajar, keluarga dan komuniti.

“Buli bukan sekadar masalah sekolah tetapi ia juga cerminan masyarakat. Kita mahu rakyat Malaysia bangkit bersama dan bersuara,” kata wakil Nusavue, penganjur Konsert KITA – Suara Anti Buli 2025.

Fenomena buli hari ini tidak lagi terbatas kepada individu atau sekolah semata-mata. Ia turut wujud dalam bentuk skala yang lebih besar melibatkan bangsa, komuniti, dan juga negara.

Dari dunia maya hingga ke pentas antarabangsa, kuasa sering disalah guna untuk menindas yang lemah. Melalui Konsert KITA – Suara Anti Buli 2025, Nusavue menyeru rakyat Malaysia untuk menyedari bahawa menentang buli bermakna menentang kezaliman dalam apa jua bentuk sama ada di rumah, di sekolah, mahupun di dunia luar. Inilah semangat “KITA” suara yang melindungi, bukan menindas.

Konsert ini bakal menampilkan persembahan luar biasa daripada barisan artis tersohor tanah air di bawah panji Suara Anti Buli, termasuk:


Datuk Ramli Sarip x Cradle Band
Alpha
Bella Astillah
Nadeera
Wani Kayrie
Liza Aziz (Undangan Khas)